? ??????????????March of The Dandelions? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (5 Ratings)??11 Grabs Today. 1729 Tot
al Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????When I Fall Again? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 819 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Green Spring? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, May 22, 2009

Saifulislam 'Saya Bukan Bapa Mithali'

Apabila aku menelusuri topik entri Saifulislam ni..terus saja aku membayangkan jika diri aku sendiri, bagaimana? Bagi aku, apa yang disampaikan oleh beliau di dalam topik tersebut menggambarkan situasi tipikal seorang suami dan ayah berdepan dengan karenah anak-anak. Apatah lagi dengan situasi si isteri dan ibu yang sudah sekian lama menanggung susah payah kandungan dan ditambah lagi dengan saat-saat melahirkan. Aku sungguh terharu apabila mengenangkan ibu aku sendiri yang aku panggil 'Mek'. Sembilan orang anak Mek telah dilahirkan ke dunia ini. Dan aku, anak yang ke-7nya ini sentiasa merasakan tidak akan pernah cukup baktiku pada Mek. Pengorbanan Mek selama ini hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Sentiasa, di dalam doa aku,

'Ya Allah Ya Tuhanku, sihat sejahterkanlah kedua ibubapaku, Mek dan Che..berikanlah peluang padaku untuk berbakti pada mereka.berikanlah peluang padaku untuk menjaga mereka dan membantu mereka. Ya Allah bantulah aku.'

Sekali lagi aku bermonolog "Inilah ketentuan Allah pada kami...Allah sedang memberikan kami ujian belum dikurniakan cahaya mata. Hikmahnya agar kami dapat melihat dan bermuhasabah diri, sudahkah bersedia kami dari segi kekuatan iman dan emosi jika dikurniakan anak dengan pelbagai ragam tipikal anak kecil? Bersediakah kami...Mudah-mudahan...

Aku yakin dengan ketentuan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Doaku semoga Allah mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan aku dan isteriku kelak. InsyaAllah.

1 comments:

linda said...

janganla nak doa sorang2. bagila peluang untuk isteri jadi isteri mithali juga yang dapat membahagia mak dan ayah mertua juga mak dan ayah. doa pon, sekalila dengan mak dan ayah mertua. diorang pon mak ayah kita juga....