? ??????????????March of The Dandelions? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (5 Ratings)??11 Grabs Today. 1729 Tot
al Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????When I Fall Again? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 819 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Green Spring? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, November 15, 2008

November 2008 sudah...

Jika dulu aku baru 12 hari menyertai GE...hari ini dan kini aku dah 4 bulan 15 hari sudah aku bersama GE.....Sekali aku ke KL untuk program orientasi pekerja baru GE. Dan minggu depan aku akan ke KL sekali lagi untuk kursus selama 3 hari.....17 sampai 19 November 2008. Baru empat bulan setengah.....agak 'fresh' bagi aku jika mahu dikatakan sudah tahu semuanya. Tapi yang paling ketara aku tidak begitu selesa dengan cara kerja yang tidak berintegriti. Aku tidak begitu percaya dengan orang yang tidak buat apa yang dia cakap. Not walk by the talk.....Integriti kononnya tidak boleh menipu....kena telus...ahhh...itu semua 'wayang-wayang' yang aku perlu tengok dan mungkin juga aku teradaptasi dengan cara kerja sebegitu....Aku akui...aku sememangnya 'into the stream of that kind of work'....

Natijahnya......ada beberapa perkara yang tidak diingini berlaku kepada aku...dan juga isteri. Kereta rosak....barang kemas hilang.....kemalangan....yang paling kerap....kerosakan kereta....Kekadang aku menjadi marah dan geram kenapa semua ini terjadi...Adakah semuanya kebetulan?....tidak lama untuk aku tersedar, ini bukan suatu kebetulan..Aku pasti.Mungkin disebabkan ketidakberkatan duit yang aku dapat...Allah memberikan aku kifarah dengan semua peristiwa itu....Dan aku sendiri mengakui dan meredainya.

Semua perkara yang sudah berlaku sememangnya memberikan pengajaran kepada kita....agar kita sentiasa sedar Allah sentiasa menyayangi kita....

Saturday, July 12, 2008

Dunia Baru

Alhamdulillah....hari ini genaplah 12 hari aku menjadi staf baru GE Betz (Water Process & Technologies). Tempat kerja aku di Titan Petchem Corps, Pasir Gudang. Aku anggap ia merupakan satu dunia baru bagi aku memandangkan sebelum ini aku hanya berputar-putar di sana saja. Di dunia UTM. Semoga langkah ini bakal menjadi langkah-langkah dalam memajukan diri aku.

Semua keperluan untuk memasuki loji Titan sudah selesai. Pelbagai aspek keselamatan perlu aku tahu dan praktikkan. Jika sebelum ini aku hanya tahu dan belajar secara teorinya saja..kali ini aku betul-betul mempraktikkannya. Semua itu penting untuk keselamatan diri aku sendiri dan juga tempat kerja aku juga. Perlu dan wajib dipatuhi segala prosedur kerjanya jika berada di loji pemprosesan hidrokarbon Titan.

Thursday, June 26, 2008

Belajar tak berhenti...

27 Jun dah hari ini...Namun kerja perlu diteruskan seperti biasa. Dan hari ini aku dapat belajar lagi perkara baru. Kalau kita tidak arif tentang sesuatu perkara..iya bertanyalah. Lebih-lebih lagi itu memang menjadi tugas kita. Kejap ya...tadi aku diperlukan untuk melihat bacaan bagi absorbance untuk air sisa sintetik tekstil di awalnya iaitu selepas pewarna tekstilnya ditambahkan. Iya...memang aku pernah melihat bagaimana Shimadzu Spectrophotometer itu dioperasikan untuk melaksanakan kerja itu. Ketika itu aku hanya sebagai pemerhati sahaja. Kurang peduli sangat masa itu sebab tiada keperluan. Tup-tup...hari ini aku perlu melakukannya sendiri. Hmmm....percubaan aku untuk melakukannya sendiri tidak berjaya rupanya. Aku perlukan 'guru'. Siapa ya yang boleh menjadi penunjuk aku kali ini? Memang perlu sangat.'Merantau'lah aku ke lubuk 'MP2'....ramai anak-anak Bio di sana yang boleh aku rujuk. Aku pilih Faiz...dia kurang pasti lalu aku 'dipasskan' kepada Shelina a.k.a Shena.

Dari mula sampailah aku betul-betul faham dan boleh melakukan sendiri operasi spektrum tu aku ditunjukajar oleh Shena. Alhamdulillah...aku tidak 'tersesat' kali ni. Selebihnya pandai-pandailah aku 'belek-belek' sendiri. Yang paling penting pembuka jalannya aku perlu tahu. Thanks to Shena.. Semoga Allah menambahkan ilmu padanya.Jasamu dikenang.

Itulah seperti topik aku kali ni...sebenarnya dalam hidup kita ini...pembelajaran itu tidak pernah berhenti...bila-bila sahaja kita pasti akan menemukan dengan sesuatu yang baru. Walaupun ia mugkin enteng di mata orang lain tapi tidak dimata kita yang memerlukan pengertian samada melalui penerokaan sendiri atau pun dengan bertanya dan belajar daripada orang lain...Mungkin kita sendiri pun kadang-kadang akan dijadikan rujukan untuk bertanya.Tugas kita hanya berikan tunjuk panduan dan selebihnya terserahlah pada empunya diri. Bagi aku sendiri adalah menjadi suatu kelegaan jika dapat menolong mereka menghuraikan kebuntuan dan ketidakjelasan mereka dalam perkara-perkara yang aku tahu tapi mereka tidak tahu. Terus terang aku katakan, jika aku sendiri tidak tahu aku tidak akan berani memandai-mandai menunjukajar orang lain. Itu jahat dan bodoh namanya.

Wednesday, June 25, 2008

Holiday Agong Mei 2008



Sempena cuti umum Keputeraan Agong 7 Mei 2008 lepas..kakakku bertandang ke rumah sewa kami di Johor Bharu. Bertemankan Arif dan Ika (anak-anak buah), Dik Na serta kawan baik aku MeeG selaku 'pemandu pelancong' bertolak dari Shah Alam jam 10 malam 6 Mei 2008. Makluman kedatangan mereka sebenarnya sejak awal April lagi. Hasrat mereka berkunjung ke rumah sewa baru kami akhirnya tercapai di samping menghabiskan hujung minggu sesi cuti sekolah. Lebih kurang jam 12 malam mereka tiba di rumah kami..

Aku dan isteri sudah berkira-kira untuk membawa mereka ke tempat-tempat menarik di Johor. Yang terlintas di kepala adalah Kota Tinggi dan Danga Bay. Di pagi 7 Mei 2008 hujan turun agak lebat. Kami yang sudah bersiap untuk keluar terpaksa menangguhkan sekejap sementara hujan reda. Anak-anak buahku tidak sabar untuk berjalan terus 'berkelah' di rumah. Pak sedara dia pun ikut samalah. He he he....Nak keluar atau tak nak keluar...?"Kat sini jer kot hujan lebat...kat Kota Tinggi tak hujan pun..." MeeG menyedapkan hati kami. Kita hanyalah merancang...tidak tahu apa keputusanNya.

Jadi, kami terus bertolak dari Taman Teratai menuju ke destinasi...sepanjang perjalanan hujan saja. Sekitar tengahari kira-kira jam 1...kami sudah berada di Felda Air Tawar (yang ke berapa entah aku lupa, Air Tawar 3 ke 4 atau 5). Perancangannya kami mahu tuang minyak di Petronas di simpang menuju ke Desaru tu tapi minyak kat stesyen tu habis pulak..Takpe kami teruskan jugak....Sampai jer di tepi laut Tanjung Balau tu...suasana cerah dan bercahaya matahari. Tidak seperti yang kami sangkakan.

Thursday, June 5, 2008

Harga Petrol Naik Lagi...

Pagi ni dengan kejutan baru ...harga minyak petrol dan diesel naik lagi. Apa sudah jadi sekarang. Sebenarnya berita kenaikan ini sudah pun diumumkan semalam oleh PM, cuma pagi ini aku cuba mencari berita di internet untuk mengetahui perkembangan terbaru. Dengan kata kunci 'Harga Petrol naik 78 sen' aku terus dibawa ke laman malaysiakini. Kata kunci yang aku gunakan memang menepati topik utama berita di laman tersebut. Ahh....apa sudah jadi? Harga naik mencanak-canak sejak 2004. Kenaikan sebanyak 40.6% ini begitu drastik. Memang drastik. Perasaan aku? Aku cuma terfikir atau teringatkan perancangan Kak Wani untuk bercuti di JB. Hmmmm....nampaknya mereka perlu membuat perkiraan semula kos perjalanan Shah Alam-JB, JB-Shah Alam. Dan aku pula berkira-kira dengan isteriku tentang jurang perbezaan harga lama dan harga baru petrol. Kalau tempohari kereta kancil aku JES6230 itu mempunyai tangki untuk lebih kurang 25L petrol dengan harga RM46(RM1.92/L) kini aku terpaksa berat hati untuk mengisi penuh dengan harga RM64.70. WoooW...wow..wow!!! Trademark Celcom....Woooooooooooo!!!!!

Terus aku terkira dengan perjalanan/perbelanjaan ulang alik aku ke tempat kerja baru di Pasir Gudang.Lebih baik pindah kata aku kepada isteri.....Kalau satu minggu RM64.70 sebulan sudah mencecah lebih RM258.75. Apa daya aku untuk melarang kenaikan menggila ini. Aku pasti perkara ini sedang menjadi topik perbualan pakcik-pakcik, makcik-makcik, encik-encik, pegawai-pegawai di mana-mana. Semestinya. Sebanyak mana pun bercakap...harga sudah dinaikkan. Hidup perlu diteruskan. Impak kenaikan harga petrol ini sudah tentu memberikan kenaikan susulan harga komoditi lain. Kita tunggu dan lihat sahajalah. Wah....aku di mana? Mahu lari ke mana? Minyak petrol kereta aku itu perlu diisikan jua.....Harga barang naik pun apa kuasa aku untuk mengelaknya, Hdup kena diteruskan. Kerja harus dijalankan. Sampai bilakah harga minyak ini akan terus begitu hingga diturunkan semula?Mungkinkah akan diturunkan semula?Wallahualam...

Tuesday, June 3, 2008

Menghitung Hari...

Aku terus tertunggu-tunggu sebarang panggilan atau sebarang surat berkaitan jawatan baru itu. Tapi nampaknya hampa. Sememangnya tidak dapat aku membohongi diri aku bahawa aku memang teruja untuk bekerja di sana. Bukan bermakna aku tidak suka bekerja dengan Kak Ida. Aku memang senang bekerja dengan Kak Ida. Tapi sampai bila aku boleh bertahan di sini...? Aku perlu membuat suatu langkah agar aku dapat menghirup suasana baru yang lebih terjamin. Ya semua orang perlukan sesuatu yang terjamin. Jika aku terus 'berkontrak' di sini..suatu hari akan berakhir juga tempohnya. Sekejapan masa saja tempoh kontrak yang dilalui berlalu dengan begitu pantas...yang penting pengalaman kerja yang dicedok sepanjang tempoh itu jangan sekali dipandang remeh. Terdapat signifikansinya setiap kerja yang dilakukan.

Hari ini tidak banyak kerja yang perlu aku lakukan. Sekadar memantau perjalanan penetap masa di reaktor utama dan menyediakan bekalan air sisa tekstil sintetik seperti biasa. Selebihnya aku menyelak blog Prof. Muhd Kamil. Seronok aku membaca dan coretan beliau. Setakat yang aku baca hingga sekarang, catatannya lebih kepada usaha beliau melancarkan buku Travelog Haji:Merentas Sempadan Iman nya. Begitu sekali rupanya kesungguhan beliau. Alhamdulillah aku berjaya memilikinya dan aku sudah pun membacanya. Untuk pertama kali aku membacanya, pandangan pertama aku terhadap tulisan beliau adalah 'Eh..dia ni...menunjuk-nunjuknya....dah pergi haji tu sudahlah....'. Itu adalah impresi pertama aku. Tapi selepas beberapa ketika, bacaan aku pun beranjak dari bab ke bab yang seterusnya, betapa, barulah aku sedar tujuan utamanya beliau menulis pengalaman beliau di dalam buku tersebut. Aku memohon ampun dariNya. Semoga catatan pengalaman beliau itu terus berguna untuk semua yang membacanya.

Sunday, June 1, 2008

Tamat Kontrak?

Hmmm....Sepatutnya tamatla sudah kontrak aku dengan Kak Ida 31 Mei 2008 (Sabtu) semalam. Tetapi memandangkan aku masih belum menerima Surat Tawaran Jawatan kerja yang ditunggu-tunggu, nampaknya aku perlu (diperlukan) terus berada di bawah kontrak vot 79137 sehinggalah aku menerima surat tersebut dengan rasminya.....Dan semalam...seperti yang telah aku rancangkan, aku datang untuk 'melunaskan' kerja-kerja terakhir aku. Tapi nampaknya tidak begitu. 1 Jun 2008..aku datang meninjau makmal seperti biasa dan aduhai....memang aku diperlukan. Bekalan air sisa pewarna sintetik sudah habis..dan aku perlu menambahkan dan memastikan cukup sampai esok hari. Wah...ini boleh di'claim' ni.... Tak kisah la sebab aku belum lagi menyerahkan surat penamatan kontrak aku kepada ketua projek....Lagi pula Kak Ida sudah aku maklumkan situasi yang aku hadapi sekarang dan dia pun memahami. Terima kasih Kak Ida...

Dan semalam juga aku ke Giant membeli-belah bersama Linda isteriku. Sebenarnya tujuan utama aku untuk 'survey' harga kasut keselamatan. Pertama sekali kami ke Jusco Tebrau....Jumpa la satu kasut Camel dengan harga RM139...Wow! agak murah dan memang dalam bajet aku....Tapi aku mengambil keputusan untuk tidak membelinya dahulu sehinggalah aku betul-betul menerima surat tawaran tu nanti. Lagipun harga tu akan kekal begitu hingga 16 Jun nanti...Harap aku masih ada peluang. Bukan apa...aku bimbang juga....takut dah terbeli kasut tu nanti, surat tu pulak tidak aku terima gara-gara masalah 'background checking' yang sedang dilakukan oleh pihak industri. Aku ingatkan perkara tu kecil saja...tapi memang serius nampaknya. Hinggakan Dr. Zaharah pun perlu merujuk aku sendiri untuk membuat pengesahan bahawa aku pernah bekerja dengan dia. Tapi insyaAllah tidak ada masalah....En Aklam sendiri pun sudah memaklumkan aku yang memang aku sudah diterima. En. Aklam memang akan jadi ketua utama aku. Segala laporan perlu melaluinya. Itu yang aku dapat tahu serba sedikit tentang dia. Ketua kedua aku Mr. Sara....Aku harap aku dapat bekerja dengan baik untuk kedua-dua orang tersebut.

Dan semalam juga selesai dan selamat sudah majlis pertunangan abang aku Lan dengan Kak Zai di Lumut Perak. Keputusannya pada 15 Ogos 2008 insyaAllah akad nikad akan diadakan dan majlis persandingan esoknya 16 Ogos 2008....Hmmmm....Majlis kenduri sebelah Kelantan belum ditetapkan tarikhnya tapi menurut Lan minggu kedua cuti sekolah bulan 11 2008....InsyaAllah aku akan cuba mana yang boleh...Kita merancang Allah sahaja yang menentukan.

Wednesday, May 28, 2008

Lirik Lagu Nasyid My Mother-Yusuf Islam

Seronok bila mendengar lagu ni.....teringat kat mek di kampung

Yusuf Islam - Your Mother

Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothes you
Who used to feed you?
And always be with you
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight
That's right no other
Your mother (My mother)

Who should I take good care of?
Giving all my love
Who should I think most of?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you fell who picked you up
Clean your cut
No one but your mother
My mother

Who should I stay rigt close to?
Listen most to
Never say no to
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hug you
And buy you new clothes
Comb your hair
And blow your nose
And when you cry
Who wiped your tears?
Knows your fears
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother.

Monday, May 19, 2008

Family Day IPASA Mei 2008

Setelah empat tahun berlalu.....kali ini hari keluarga IPASA diadakan sekali lagi.....Dan pastinya kali ini dengan wajah baru...maksud aku adalah empat tahun lepas lokasi sambutan....nya....kecil-kecilan je.....masa tu aku pun masih betul-betul bekerja di IPASA..Sebagai Pembantu Penyelidik.....Ahli-ahli IPASA pun sekadar staf biasa seperti Abg Fadhil...Kaklin....Che A....Mai n Amri...Abg Zul...Lokman...Zuri.....tu pun dua orang ni aku pun baru kenal sebab mereka baru masuk....Dan masa tu Mai n Abg Zul n aku sendiri pun belum nikah lagi....Kak Jijah pun masih ada kat situ lagi....Acara sukan pun cuma suka-suka di kalangan kami sahaja....games dimainkan di tepi pantai..Oh lokasi tu adalah di Pantai Batu Layar......Kami ber BBQ....hmmm berBBQ sahajalah...

Tapi hari ni lokasi ni agak jauh berbeza......Family Day kali di diadakan di Sofitel Hotel, Senai,Johor....Hmmmm kali ni memang la amat berbeza....Abg Zul dan Mai masing-masing dah ada anak sendiri....aku insyaAllah adalah rezeki aku nanti...

Di kesempatan yang ada tu...aku berpeluang untuk bertanya serba sedikit dengan En. Aklam (suami Kak Aznah).....ye la sembang-sembang dengan bakal bos aku yang baru di Titan Chemical,Pasir Gudang....Tanyala serba sedikit....lebih-lebih taklah....

Walaupun aku dah lama 'meninggalkan' IPASA tu....tapi aku masih lagi menjadi 'warga' IPASA..Satu je sebabnya.....aku kan masih lagi pelajar berdaftar UTM.....bermulanya aku di IPASA.....berdaftar sebagai pelajar pun dari aku mula di IPASA....sebab itulah aku masih manjadi 'warga' IPASA. Tak kisahlah.....apa-apa pun sudah ramai ahli atau orang-orang baru yang aku kurang kenali bersama-sama meraikan hari keluarga kali ni...Dan kali ni aku bersama isteri yang amat aku sayangi...bersama menjayakan games yang dianjurkan pihak organizer Sofital....Walaupun kami dipisahkan kepada pasukan berbeza...aku di Pasukan Kuning...sayang di Pasukan Hijau.....Okay ahli-ahli pasukan aku...Amri....anak Dr Zul..anak En Kamarul..Kak Isal...Kaklin...Farrah..En. Ali..dan lain-lain lagi tak ingat tapi semua sekali...11 orang...


Hmmm....alhamdulilah semua games berjalan lancar....kami berjaya di tempat ketiga dengan 18 markah...tempat pertama Hijau, kedua Merah dan tempat terakhir Biru.....Acara dress me up tu yang paling tak senonoh bagi aku...Aku salah seorang model terpilih untuk di 'dress-me-up'kan menggunakan belon....coli dan kertas suratkhabar......entahla macamana rupa aku di pakaikan dengan benda-benda tu semua.....Tambahan lagi...ada pulak nama panggilan sebelah siang dan malamnya.....Aku bagi la nama panggilan 'mimi' Huhuhu....Awwwww...!

Hmmm apa2 pun kami semua memang seronok dan rasanya objektif acara tercapailah.....Masa dinner pulak masa penyampaian hamper-hamper yang memang telah disediakan....Semua orang dapat.....

Saturday, May 17, 2008

Aku Terima Nikahnya : Hasrizal Abdul Jamil

Selesai sudah aku membacanya.....walaupun beliau menggunakan ayat-ayat yang banyak berfalsafah....Alhamdulillah sampai maksudnya kepada aku....mungkinkah kerana aku sudah beristeri atau mungkin pengalaman beliau di awal perkahwinan sama dengan pengalaman aku...?

Oooo....tidak, tidak....lain sama sekali...aku melihat beliau sebagai seorang yang terlalu baik dan selayaknya dipanggil 'ustaz' jika dibandingkan dengan aku yang tidak sebaik beliau....Nak dipanggil 'ustaz'? Jauh sekali.....Sekadar seorang manusia yang cuba mengubah dari menerima kepada memberi. Seperti kata beliau "Erti hidup pada memberi"......masih agak samar dan dalam maksudnya bagi aku. Setakat yang aku fahami daripada catatan beliau, melalui pengalamannya....perkahwinan itu adalah memberi......memberi nafkah...memberi kasih sayang...memberi cinta...memberi segala-galanya.....Adakah aku sudah banyak memberi atau menerima?Hmmm.....Ataupun aku sendiri masih terkeliru di antara keduanya. Sudahkah aku memberikan nafkah...?Kasih sayang...?Segala-galanya.....?Astagfirullah......Ya Allah.....ampunilah aku ini....Sesungguhnya aku hanyalah hambaMu yang lemah...Bimbinglah aku ke arah menjadi hambaMu yang bertanggungjawab kepada keluarganya....Amin...


Catatan beliau berdasarkan pengalaman beliau sendiri dari awal pertunangan, pernikahan dan kisah pahit manis perjalanan kehidupan berkeluarga beliau sehingga kini....Beliau yang bertugas di IJN dan sedang meneruskan Pengajian Sarjananya di UIA bergelut dengan segala macam karenah dan gelagat kehidupan....di samping konflik pelbagai dalam kerjaya dan keluarga. Rasanya bertepatan sekali apabila di akhir-akhir topik buku beliau ini dicatatkan persoalan ini:


Mengapa saya tulis semua ini?

Supaya anak muda yang gatal bercinta di celah cita-cita dapat menampar pipi masing-masing agar celik mata melihat ke depan. Jika menolak zina pun jadi kepayahan, halau dirimu daripada cinta dan perkahwinan. Bosan saya melihat jiwa lemah yang merengek-rengek meminta ihsan.


Jika mahu bercinta, jangan merancang hanya ke pelamin. Masukkan sekali urusan lampin. Kerana rumah tangga bukan Utopia cloud nine. Ia adalah kombinasi suka dan duka.


Namun dalam duka tetap ada bahagia, itulah nikmat hidup berumahtangga. Medan memberi yang paling mulia.

Thursday, May 8, 2008

Seteguh Tekad: Prof. Dr. Sidek Baba

Seteguh tekad.....sesuai dengan tajuknya...coretan pengalaman dan perjalanan hidup seorang anak Melaka yang sangat bermakna buat semua pembaca. Aku sedang membaca dan menghayati catatan beliau. Sangat berguna dan sesuai sekali dibaca terutamanya para pelajar, pendidik...bakal guru....Tulisannya sangat menarik kerana bagi aku senang dibaca dan difahami. Ya...tulisan berdasarkan pengalaman tentunya sangat berkesan dan mudah sampai mesejnya berbanding tulisan yang dicedok dari idea orang lain.

Alhamdulillah...aku baru selesai baca buku Seteguh Tekad: Prof. Dr. Sidek Baba....atau boleh juga aku gelarkan atau a.k.a kan beliau sebagai 'cikgu' atau 'ustaz'.....kerana beliau sendiri berkali-kali menyatakan bahawa dia begitu selesa dan suka serta tidak kisah sekiranya orang yang kenal beliau memanggilnya begitu.......Sebab beliau sendiri sebenarnya dahulunya seorang bekas guru yang cukup lama berkhidmat dan mengenali dunia persekolahan.....Dengan kecekalan beliau setelah 7 kali percubaan berjaya juga beliau lulus HSC.....ketika itu beliau sudah berkeluarga dan sibuk dengan kerjaya gurunya....Secara separuh masa....beliau terus cuba dan mencuba....Begitu cekal sekali jiwa beliau.......

Aku rasa sekiranya beliau menerima dan menurut kata-kata ayahnya agar berhenti sekolah dan kerja saja sebagai penjaga stor di Kem Terendak.....beliau mungkin tidak seperti beliau hari ini. Di bahagian Tekad Baru buku ini di muka surat49-52....

"Awal pagi esoknya, aku mengekori Abag Dolah, Abang Alwi, dan lain-lain lagi ke Kem Terendak. Aku memakai baju sekolah seperti biasa. Beg sekolah juga kubawa bersama. Sepanjang perjalanan, hati dan perasaanku berbalah dengan minda. Hati masih ingin belajar. Perasaan pula terkenangkan penderitaan ibu dan ayah. Mindaku menjadi serba salah. Hati kecilku ada kala menjadi tidak menentu. Andai aku berhenti sekolah, di situlah berakhirnya perjalanan untuk merubah diri. Andai aku menjadi penjaga stor, tidak banyak bezanya dengan bekerja sebagai penoreh getah. Bezanya ialah menoreh getah pendapatan tidak tetap sedangkan bekerja sebagai penjaga stor mungkin pendapatan lebih sedikit dan tetap pula. Dalam meikir-mikir itu, tanpa disedari basikalku sudah berada di pintu masuk Kem Terendak..Aku tiba-tiba terhenti di luar jalan yang menyimpang ke Kem Terendak. Abang Dolah agak terkejut dengan perbuatanku itu."Kenapa?"tanyanya hairan...."Bang, aku tak jadi ikut abang ke dalam. Aku masih nak belajar, bang." Aku membuat keputusan.

Di situlah bermulanya perjuangan dan perjalanan peningkatan dirinya.....sungguh bermakna sekali keputusan yang beliau lakukan....Begitu baik sekali jika semangat seperti beliau ini dijadikan teladan untuk kita semua...

Bagi sesiapa yang guru tu atau yang nak jadi cikgu memang elok kalau autobiografi ini diteladani.Banyak pengalaman yang boleh dicedok dari beliau....Perhatikan pernyataan beliau ini..."Tidak mencapai keputusan yang baik bukan bermakna seseorang itu bodoh dan tidak berdaya usaha. Bimbingan dan tunjukajar yang ikhlas adalah kunci dalam pendidikan. Kemiskinan boleh menghambat. Membiarkan pelajar tanpa mengerti dan memahami latar hidup mereka juga menyebabkan keciciran".

Hmmmm......sekarang ni musim KPLI.....aku bersediakah untuk menjadi seorang guru....?Berkali-kali aku mencuba.....tidak pernah berjaya....mungkinkah aku tiada ciri pembimbing dan penunjuk ajar yang ikhlas.....?Mungkin ya dan mungkin juga tidak....Adakalanya suatu ketika aku pernah mengajar budak sekolah darjah 4 hingga 6 di sebuah pusat tuisyen....aku mengajar dengan mengharapkan mereka faham dengan apa yang aku ajarkan dan selepas itu aku dibayar wang mengikut jam.....Oh....rasa berdosa pula.....kali ini tahun 2008 adakah aku masih berminat untuk berKPLI?.....

Wednesday, April 23, 2008

Bukan aku sorang........

Hmmm...pasal bisikan hati @ minda.......rupa-rupanya bukan aku sorang yang menghadapi masalah tu.....Masalah ke?Terpulanglah.......Tapi ya memang perkara tu berlaku kat sesiapa sahaja....Tadi petang masa aku di tempat kerja.....rakan aku tetiba je seronok je nyanyikan laku Elyana 'Kalis Rindu'...jadi aku dan yang lain-lain agak tertegun la bila dia nyanyi....Bila ditanya kenapa tetiba mcm seronok...'Entah lagu Kalis Rindu terngiang-ngiang je..tu nyanyi tu...'....Hmmmm.....tepuk dada masing-masing je lah.....Bukan nak kata tak boleh....itu hak individu.....Nak layan...layan je lah......yang tersedar Alhamdulillah.....

Dan.....penyelesaian terbaik aku rasa adalah dengan memperbanyakkan dengar lagu nasyid...Ya...insyaAllah.....setiap kali sekurang-kurangnya melodi yang bakal diingati adalah melodi nasyid....Lagu In-Team ke....Hijjaz ke...Rabbani ......

Monday, April 21, 2008

Bisikan Hati @ Suara Minda

Seringkali setiap kali aku terbangun dari tidur...tidak kiralah selepas tidur sekejap ke...awal pagi ke...tersedar tengah malam buta ke.....selalunya yang bergema di dalam hati@minda aku adalah suara nyayian lagu yang pernah didengar sebelumnya....Apakah suara hati aku atau minda aku sendiri atau mainan syaitan....Aku bukan bermimpi....sebab apabila aku realized then.....aku istighfar banyak-banyak dan aku mula mengutuk diri aku sendiri..."Ya Allah..apa nak jadi dengan aku ni....aku sepatutnya ingat pada Allah...ini tidak pepagi dah ingat lagu-lagu...

Teruknya aku rasa........

Saturday, April 19, 2008

Jibam

"Sebelum kau sumbat lubang itu, tebuan tak sengat ke?". Aku dah jampi Wo." "Kau baca apa?" "Rahsia". Antara petikan dialog di dalam buku Jibam a.k.a Asraf Suman. Walaupun cerita ni dah lama keluar tulisan Ujang tapi adalah baru bagi aku......Sangat menarik cerita tu....


Anak Suman...
Jibam, Jibam!
Dengarlah lagu....
Jibam, Jibam!
Kunyanyikan...hanya untukmu..
Gemuk pendek....mata juling....kepala kecil....
macam babi...oh
Jibam, Jibam...!
Anak Suman...!
Dengarlah lagu.....
Jibam, Jibam...!
Kunyanyikan..... hanya untukmu.....

Memang sedih lagu tu...bila baca cerita ni seperti gambaran kisah hidup sebenar....kisah suka duka hidup bermasyarakat. Akibat ketamakan harta dunia...rakan @ sahabat yang disangka akrab menjadi seteru paling terkutuk....Hak milik (tanah) rakan sendiri dirampas dengan cara yang sangat keji.

Angkara Sudin (Tuk Ngah) yang tidak mengenang budi, mementingkan diri, dan tamak....sanggup membunuh rakan nnya sendiri (Suman) semasa mereka mencari rotan di bukit. Sanggup mengkhianati dan melupakan budi yang diberikan Suman kepadanya. Sebelum kejadian pembunuhan berlaku di hutan tu.....Sudin tertusuk duri belulang di tapak kakinya. Dikatakan duri belulang adalah berbisa. Suman dengan penuh simpati dan tanggungjawab menggunakan kebolehan mengubatnya dengan dengan ayat Al-Quran dan ramuan daun herba (daun jepun).....dan luka Sudin sembuh dan hilang dengan begitu cepat. Angkara ketamakan Sudin....sanggup dia menerkam dan menolak Suman yang ketika itu sedang sibuk memotong rotan di tepi gaung. Suman yang tidak sempat berbuat apa-apa terus jatuh dan badannya tertusuk ceracak-ceracak buluh meruncing di dasar gaung. Demi menghilangkan bukti....Sudin membuang semua barang-barangnya termasuk peralatan Suman dan juga bajunya sendiri ke dalam gaung dan terus pulang ke rumah dengan rasa puas dan bangga. Dengan sangkaan kejahatannya itu tertutup dengan helah begitu.

Namun gara-gara kesilapan bodohnya sendiri, setelah tiga tahun berlalu....terbongkar jua rahsia jenayah Sudin. Tengkorak arwah Suman bersama-sama barang-barang merotan (parang serta pakaian) dijumpai oleh orang kampung. Bersama-sama barang-barang tersebut....turut djumpai kad pengenalan diri si Sudin.....bodohnya dia... Apa yang difikirkan?Oh ya..Sudin kira tiada siapa akan menemukan mayat Suman sampai bila-bila pun.....difikirkan tiada siap yang akan sampai ke kawasan gaung tersebut.....

Thursday, April 17, 2008

Halal @ Haram ?

Aduh....guano gamok nih...? Aku baru jah baco buku terbite CAP tajuk dio Halal Haram.

Maso baco, lepah baco....teraso mace cema nyo la bade aku nih......Saloh satu bab dale buku tu berkenae L-cysteine......L-cysteine tu gapo dio? Sebenanyo bendo ni sejenih asid amino......paleng banyok daripdo bulu dan rambut....Yg menjadikae aku terkejuk seba' L-cysteine tu dijadikan bahan yang ditamboh dale tepong.....dok kiro la tepong gandung ko...tepong donat ko...piza ko....L-cysteine tu dimasukkan dele tu....aduih......pah lagu mano ni gak....?. Yo la cubo kito baye ken kalu kito jupo rambuk dalam tepong tu...mestila kito raso cema dok.....Tapi kalu kito dok tahu dale tepung tu ado serbuk L-cysteine....lagu mano?

Hu hu.....buke tu jah.....kolagen....gelatin.....dilaporkae berasa dripado kulit khinzir. Pengeluar utamo negara maju negara barat.....hu hu hu...pahtu diekspok ke seluruh dunia.......

Plasma daroh dari daroh lembu tu dijadikae bahan penambah ras daging dale bebola ikae....crabstick....banyok lagila...

Pahtu sekuk-sekuk, kek-kek hok sedak-sedak hok kito duk make tu pun dilaporkae ado shortening yg dikhuatiri dari lemak khinzir.....

Tuesday, April 15, 2008

Ungu Karmila

Dari semale lagi aku duk teringa'-inga' nok tulih pasa buku ho' aku baru abih baco minggu lepah. Beh jugok la cerito n jale cerito dio. O lupo nok bg th tajuk dio. Aku baru abih baco buku Ramli Awang Mursyid; Ungu Karmila. Awa-awa cerito tu well bagi aku mace dale muvi, dengan bermonolog, penceritoae bgmno Vila Sunyi tu dbino. Act vila tu hadioh Arif ko wife dio Karmila sempno ule tahung perkahwine demo tu.....Tapok vila tu pulok Arafat yang bagi ko Arif. (Arafat tu abe Arif).....Mace biasolah penulise Ramli Awang Mursyid ni banyok fakta2 dio.....samo la caro dio buak dalm buku A.D.A.M.

Bagi buku ni dio banyok cerito pasa mmm lebih ko pasa agrotek....pasa taname dan kacuke bungo ros denge spesis bungo baru dari ute kawase Genting Highland tepak Tok Batin duduk. Dari kacuke tu Arif berjayo hasilke bunga mace bungo ros tapi gak bungo dio warno ungu. Duri dio beracun, n satu ciri yg menakutke....habuk or debungo dio tu dale cerito ni...kalu terhidu....buleh buak ore gilo...gilo mcmno? Jadi berhalusinasi........

Hmmmm.......ado hok aku raso x beh nyo.... ado part ye Ramli Awang Mursyid x perlu tulih pun xpo.......nati aku sambung

Okay...ado satu part tu bilo penyelidik tu aloh tok ingak namo dio pegi kat CC (cybercafe) pastu send emel ko Dr tu sapo doh namo dio aku dok ingat nih....emel pasa PMS.....ha ha part ni yg aku x brapo kene nih....doh dio (watok tino tu la) duk CC for sure dio surf internet dok......so tok sepatutnyola dio g tanyo doktor tu lagi pasa PMS..dio bulih cari kat internet ape.......hmmmmm x rasional la bahagian nih.....tapi apa2 pong....boleh la......

kalu nok bagi bintang tu daripada 5 bintang aku bagi 3 setengoh la untuk buku kali ni....

Ado beberapo buku Ramli lagi hok aku nok (bakal baco nati kot)....yg pasa puteri apa doh aku dok ingat....

Stuck

What im doing today...? I keep thinking....thinking and thinking that what should i do to get out
from here....maybe you who r reading this have no clue what im trying to tell....

I am stucked!!. How? Well....I need to do something to get the better feeling. Maybe i should do something else that much more worth it other than what i am doing now.

"You should find something else".......My innerself always told me that phrase...."Do what you like to do..." and that phrase also. Is that my subconcious mind? Hmmm maybe...?

Sunday, April 13, 2008

Baru buak Blog

Assalamualaikum.....

Aku baghu nok belaja-belaja nulih blog nih. Buak maso skare ni aku pung tok tahu nok tulih gapo sini. Pade la denge namo blog aku tu "GapoGak".

Kalu bulih aku nok la jugok tulih mace blogger-blogger laen buak. Demo tu tulih mace-mace dale blog dio. Hmmm aku tokleh la nok tiru demo tu. Aku keno la jadi diri aku sediri. Well, kalu aku nok jadi diri aku sediri.....aku pun ado mace-mace nok tulih sebenanyo....

Nati la aku atur semula gapo ho' aku nok tulih......