? ??????????????March of The Dandelions? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (5 Ratings)??11 Grabs Today. 1729 Tot
al Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????When I Fall Again? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 819 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Green Spring? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, July 16, 2009

Frasa Ini Bagus!!

Aku begitu teruja sekali membaca Hikayat Abdullah Edisi Semi Klasik oleh Hamzah Hamdani. Seperti biasa, peringkat permulaan adalah pengenalan kepada pencerita; Munsyi Abdullah Bin Abdul Kadir seorang guru bahasa dan penulis berketurunan Arab-India. Ayat seterusnya ini aku petik dari sinopsis buku.

Ramai sarjana berpendapat bahawa beliau adalah bapa kesusasteraan Melayu moden. Kritikan Abdullah yang tegas adalah terhadap sikap bangsa Melayu yang tidak menghargai bahasanya sendiri. Bahasa Melayu sebagai bahasa ibundanya dianggap tidak perlu dipelajari. Walaupun beliau berketurunan peranakan Arab-India, namun beliau gigih mempelajari bahasa Melayu di samping mempelajari bahasa Tamil, Hindustan, Arab, Cina dan Inggeris.

Terdapat banyak nasihat disampaikan melalui tulisan beliau ini. Frasa yang ingin aku catatkan ini adalah diambil dari Bab 9: Kolej Anglo:-

"Tuan, saya orang bodoh. Budak yang tidak berilmu bagaimana boleh menjadi guru, tuan? Menjadi guru itu bukannya mudah. Dia harus ada lima perkara. Pertama, ada ilmu pengetahuan. Kedua, jangan sombong dengan ilmunya. Ketiga, bersabar terhadap kesalahan dan kebodohan orang lain, serta menanggung kesusahan. Keempat, mengetahui setiap perkataan yang diajarkannya, iaitu tahu dari mana asalnya dan tahu bagaimana hendak menggunakannya. Kelima, rajin berusaha. Jika ada lima syarat ini, bolehlah dia menjadi guru."

Ungkapan ini disampaikan oleh Abdullah ketika beliau diminta oleh seorang paderi inggeris, Tuan Milne untuk mengajarkannya bahasa melayu.

Ketika membaca ungkapan ini, aku mengembalikannya kepada diri aku sendiri. Mampukah aku untuk menjadi seorang guru? Terlalu banyak yang aku tidak tahu, bagaimana mahu aku mengajar orang lain. Mampukah aku bersabar dengan kesalahan dan kebodohan orang lain? Mungkin boleh bersabar sedikit tetapi jika dengan orang yang kesalahan dan kebodohan tegar, sanggupkah aku nanti? Insyaallah, aku mampu bersabar terutama untuk membimbing dan mendidik isteri dan anak-anakku nanti.Amin.

Wednesday, July 15, 2009

Rutin

Hmmm....alangkah seronoknya jika JES6230 aku dapat berubah secara automatik dan dapat terbang?Hebatnya rasa....he he he kekadang rutin kesesakan di jalan raya ketika pulang dari tempat kerja aku boleh membuatkan aku berimaginasi jauh. Menjadi kebiasaan, semua orang mahu sahaja cepat sampai ke rumah, bertemu isteri yang dirindui, anak-anak dan segalanya. Kan bagus kalau kenderaan kita ada keupayaan untuk terbang? Tiada lagi kesesakan. Tetapi jika semua orang pun mahukan kenderaan mereka mempunyai keupayaan terbang itu, masalah kesesakan tetap akan berlaku, di udara, malah akan lebih parah lagi jika berlaku kemalangan. Risiko kemalangan yang berganda-ganda. Jadi, cukuplah aku berimaginasi terus begitu, tidaklah aku melayan sangat rasa tertekan sepanjang kesesakan.

Too much.

Setiap kali aku pergi dan pulang dari kerja, sentiasa ada sahaja idea terlintas di minda aku. Selalu aku terfikir 'Aku patut simpan idea ini semua, nanti boleh dijadikan topik entri di blog'. Tetapi, dengan kelamaan perjalanan pulang dan pergi ke tempat kerja, sentiasa aku tidak dapat 'membelek' semula idea-idea yang pernah melintas di fikiran aku di awal perjalanan aku. Adakah aku sengaja atau sememangnya perkara biasa yang berlaku kepada semua orang? Rasanya tidak. Aku mampu memastikan idea-idea yang pernah datang untuk kekal, cuma disebabkan minda aku sendiri yang tidak bersungguh-sungguh untuk mengekalkannya dengan mengingati dan menyimpannya di minda separa sedar aku.

Terlalu banyak perkara yang aku mampu ingat, hanya perlu tentukan yang mana perlu dan penting didahulukan. Inilah yang sepatutnya aku cuba lakukan. Pertama, ketika berada di jalan raya, seringkali aku perhatikan, ada segelintir pemandu kenderaan yang agak mementingkan diri sendiri. Ops, sebelum aku menuding jari kepada orang seperti itu, adakah aku sendiri adalah orang yang mementingkan diri sendiri? Cukuplah setakat ini, kerana aku tidak dapat menipu diri sendiri. Kekadang, aku pun melakukan kesilapan yang sama. Jadi, lupakan sahaja.

Perkara lain yang mungkin menjadi tanda tanya adalah, sampai bila bas-bas kilang, bas-bas sekolah, kenderaan berat yang mengeluarkan asap hitam akan berterusan berada di jalan raya?Bukankah Jabatan Perkhidmatan Jalan (JPJ) sudah mengeluarkan amaran bahawa kenderaan seperti itu tidak boleh berada di jalanraya sebelum melepasi ujian pembebasan asap hitam? Adakah nombor aduan 1800 yang ditayangkan disetiap kenderaan tersebut benar-benar berfungsi sebagaimana sepatutnya? Bagi aku, ianya adalah tidak berguna sama sekali. Jika ia berfungsi, sudah tentu kenderaan seperti itu tidak berada di jalan raya.

Sunday, July 5, 2009

Menulis?

Sekian lama aku membaca dan menelaah buku-buku yang dibeli, dari buku novel, fiksyen, motivasi dan keagamaan....kekadang pernah juga aku terfikir, bagaimana mereka menulis ya? Sekarang aku pun menulis. Tetapi apa yang aku bakal tulis sudah tentunya tidak sama dengan apa yang mereka tulis. Kagum juga dengan mereka yang telah berjaya menulis pelbagai jenis buku. Terutama sekali jenis motivasi. Kebanyakan buku motivasi selalunya ditulis berdasarkan pengalaman jerit perih penulis itu sendiri mengejar dan mencari kejayaan dalam hidup mereka. Kata orang, dengan membaca dan mengikuti kejayaan orang lain mampu memotivasikan diri kita sendiri insyaAllah.

Salah satu buku yang menarik adalah tulisan Prof. Dr. Sidek Baba. Tulisan pengalaman beliau bermula zaman kanak-kanaknya hinggalah beliau berjaya sebagai seorang pendidik bertauliah. Sepanjang aku mendalami pengalaman hidupnya ketika remaja, sesekali aku sendiri mengimbas kembali, cuba menyamakan situasi persekolahannya dengan persekolahan aku dahulu. Ya, amat jauh bezanya.

Kalau beliau begitu sukar untuk menaiki bas ke sekolah dek susahnya menyediakan belanja tambang bas, aku pula jauh amat beruntung, kerana jika tidak dapat naik bas sekolah untuk ke sekolah, aku masih ada pilihan dengan mengayuh basikal tua aku untuk ke sekolah. Ini ketika aku sekolah menengah rendah. Itu pun cuma berulang alik untuk lebih kurang 7 kilometer sahaja. Jauh bezanya. Beliau pula lebih 80 batu (jika tidak silap). 80 batu, bukan kilometer.

Ketika di sekolah pula, bahasa pengajaran adalah Bahasa Melayu. Untuk semua matapelajaran kecuali Bahasa Inggeris. Beruntungnya aku dan rakan-rakan aku yang sezaman. Matapelajaran Matematik dan Sains diajar menggunakan Bahasa Melayu. Bersyukur sangat kerana aku dan rakan-rakan sudah melalui semua itu. Tetapi situasi ini tidak berlaku pada zaman Prof. Dr. Sidek Baba. Ketika beliau di menengah rendah, matapelajaran Matematik (matapelajaran yang paling sukar baginya) diajar menggunakan Bahasa Inggeris. Ketika itu dia memasuki sekolah inggeris atas nasihat rakan ayahnya yang tahu potensi diri beliau. Caci maki dan cercaan guru yang mengajar kekadang mematahkan semangat juang beliau untuk meneruskan usaha untuk belajar. Mungkin benar juga, dek kerana tidak ada asas bahasa inggeris, beliau menerima nasib sedemikian. Anak kampung, ayah hanya kerja kampung, imam surau (jika tidak silap).

Aku pula lain kisahnya. Beruntungnya aku. Seperti yang aku nyatakan, Bahasa Melayu adalah bahasa utama pengajaran dan pembelajaran. Tidak ada sebarang masalah bagi aku dan mungkin juga rakan-rakan aku yang lain. Sekolah menengah aku dulu di Sekolah Menengah Tendong, Tendong, Pasir Mas, Kelantan. Tiga tahun aku di menengah rendah di sana. Ketika di menengah rendah, sembilan matapelajaran didaftarkan untuk melayakkan aku menduduki Penilaian Menengah Rendah tahun 1996. Matapelajaran kegemaran? Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) (Pilihan Pertanian) dan tidak ketinggalan Bahasa Inggeris. Kesemua matapelajaran ini menjadi kegemaran aku mungkin kerana saling perkaitan antara satu sama lain. Matematik dan Sains berguna ketika matapelajaran KHB. Adapun bahasa inggeris pula sesuai untuk kesemuanya. Kenapa? Kerana, ketika aku di tingkatan dua, ketika itu Tingkatan 2S1 (Sains Pertanian 1), apabila tiba waktu bahasa inggeris, perasaan seronok dan takut datang serentak. Sebabnya, guru aku ketika itu Puan Cheam Poh Pang, agak garang ketika mengajar. Beliau suka memanggil muridnya untuk bercakap dalam bahasa inggeris. Tetapi bagi aku, aku anggap ianya sebagai cabaran. Aku cabar diri aku sendiri untuk bercakap dengan beliau dalam bahasa inggeris. Kesannya, sampai sekarang aku terkenang saat aku didenda Puan Cheam kerana tersilap menjawab soalannya dalam bahasa inggeris. Hingga kini, impak positif nampak sehingga seluruh perjalanan kerjaya aku.

Aku pula dari mana datangnya asas bahasa inggeris aku? Aku sendiri tidak sedar. Terima kasih kepada mek (ibu aku) kerana begitu banyak memberi dorongan untuk aku terus belajar dan belajar. Kerana itulah (insyaallah) aku diberikan Allah keinginan untuk belajar dan menggunakan bahasa inggeris. Belajar sendiri, ingin tahu sendiri. Ianya bermula melalui menonton siri kartun di televisyen. Seronok memang seronok menonton siri kartun. Memang lumrah seorang budak seperti aku ketika itu, aku menonton kartun. Apabila masuk alam menengah rendah pun aku masih dengan kegemaran menonton kartun. Tetapi, satu kelainan yang aku lakukan adalah, jika aku sempat 'menangkap' satu perkataan bahasa inggeris yang aku tidak pernah dengar, aku akan 'simpan' dulu dalam ingatan aku untuk semakan kemudian. Maksud aku selepas siri kartun tersebut habis. Selepas itu, kerja aku adalah membelek kamus. Ya, kamuslah alat utama penterjemah bahasa yang sangat berguna bagi aku. Ini berlaku kerana sifat ingin tahu untuk diri aku sendiri. Apabila aku tahu makna perkataan tersebut, seperti ada rasa gembira dan seronok untuk menonton lagi. Mungkin bagi orang lain, lain caranya. Terpulanglah. Untuk matapelajaran Sains, sesekali ketika guru mengajar, ada juga masanya guru aku memang terpaksa menggunakan perkataan bahasa inggeris bagi terma yang spesifik. Bagi aku tidak menjadi masalah. Seperti yang aku katakan, dengan rasa suka hati sendiri, aku cuba 'menyusahkan' diri untuk mengetahui terma tersebut dalam bahasa inggeris. Pertanyaan 'Kalau bahasa inggeris, perkataan ini bunyinya macam mana?'. Begitulah dengan sifat ingin tahu aku. Berkawan dengan kamuslah kerja aku.

Kadang-kadang ada juga yang menjeling. Ada juga mulut yang mengata. Sudah hafal satu kamus ke? He he he....tidak pernah rasa malu dan terkesan pun dengan semua itu. Yang penting aku dapat apa yang aku cari. Tidak salah apa pun. Apa yang penting kita tahu apa yang kita mahu dan apa yang kita cari. Jika matapelajaran bahasa inggeris pula, waktu diberikan tugasan mengarang esei, terasa amat berat. Tetapi aku memang dipaksa untuk menyiapkannya. Dengan keterpaksaan, mampu juga aku menulis esei bahasa inggeris.Boleh kira okey sahajalah.Semuanya datang dari dalam diri aku sendiri. Jika aku hendak berjaya kenalah aku berusaha. Itu sahaja caranya. Jika aku tidak membuka kamus, sampai bila pun aku tidak akan memahami bahasa inggeris.

Saturday, July 4, 2009

Setahun Sudah...

Lama juga aku tidak menulis di sini. Dan, kini genap setahun sudah aku sebagai pekerja GE. Aku sendiri tidak tahu apa yang patut aku rasa...Mungkin aku bangga kerana berjaya mengharungi dunia dan budaya kerja GE....ataupun mungkin juga aku rasa begitu bersyukur kepada Allah dengan segala apa yang aku perolehi kini.

Begitulah mungkin yang dapat aku katakan. Dari awal bulan pertama, penyertaan aku ke dunia GE, begitu asing dan terasa amat sukar untuk aku terima kejutan budaya kerja baru aku itu. Hari demi hari hingga bulan ke bulan...kesilapan demi kesilapan banyak memberi dan mengajar aku erti kesabaran dan juga mengajar aku erti kehidupan. Sepanjang kelangsungan aku menempuh semua itu, Allah sentiasa membantu aku dalam segenap perkara. Apa-apa dan sesiapa yang terlibat hanyalah asbab pertolonganNya kepada aku. Apa yang penting adalah Allah sentiasa mendengar doa hambaNya.Pasti.

Begitulah, dengan dunia pekerjaan aku. Sekarang apa pula yang terjadi dengan aku sendiri? Apa ya? Hmmmm.....sebenarnya aku dan isteri tersayang begitu seronok dengan buku-buku. Seronok sebenarnya membaca. Membaca mampu membuatkan minda kita sentiasa aktif. Betul. Sekarang sudah ada beberapa buku terbaru yang baru kami dapatkan di Badan Cemerlang Sdn Bhd, Plaza Angsana, JB. Memang cemerlanglah kedai buku yang aku nyatakan ini. Hampir setiap bulan, kami akan berkunjung ke sana semata-mata untuk meninjau buku-buku dan majalah kegemaran terbaru. Selalunya majalah Solusi.

Bercerita tentang majalah Solusi, sejak keluaran sulung lagi kami merasakan isi kandungan majalah ini sangat berbeza berbanding majalah ilmiah lain. Dari kulit ke kulit, penuh dengan pengisian yang bermakna. Setiap ruangan diisikan dengan topik yang berguna. Kami merasakan majalah ini memang sangat sesuai untuk dibaca dan digunakan sebagai solusi permasalahan hidup harian. InsyaAllah, segala kemusykilan bakal kita temukan di dalam majalah Solusi ini. Kini, kami tertunggu-tunggu keluaran terbarunya. Tidak sabar pula rasanya. Apakan daya kami, dek kerana majalah Solusi mungkin belum lagi dikeluarkan, maka jawabnya kami meninjau pula kepada buku-buku yang lain. Eh-eh...tersangkut pula pada topik yang 'catchy' ini: Kopi O Kurang Gula-Abdul Jalil Ali. Buku ketiga beliau selepas Asam Garam Gula Kopi dan Teh Tarik Kurang Manis. Topik-topik yang digunakan sebenarnya berkait rapat dengan masalah kesihatan yang dihidapi beliau. Ingin tahu dengan lebih lanjut, dapatkanlah buku-buku yang menarik ini di gedung-gedung buku berhampiran. Membaca itu bagus untuk otak. Selamat membaca!

Monday, June 15, 2009

Tukar address blog

Aku baru jer tukar address blog aku kepada alamat berikut:
http://2soul1heart.blogspot.com/

Friday, May 22, 2009

Friday Prayer- Dah jam 12tghr?X g sembahyang?

"Hei Lan, you x pergi sembahyang ke? Dah jam 12 ni?"...Rakan kerja aku pernah (non-muslim-Cina) tanya aku pada suatu hari Jumaat."Baru jam 12 Wong....lambat lagi...masih sempat....Lagipun waktu solat masuk jam satu...."jawab aku kat dia. "Itu orang lain jam 12 dah keluar?"tanya dia lagi. "Oh...diorang tu pegi makan dulu la kot." Balas aku. Sebenarnya aku pun tak pasti dengan perkara ni. Memang aku tak menafikan adalah lebih afdal berawal-awal menuju ke masjid untuk solat Jumaat. Banyak ganjarannya. Tetapi, tidak dengan situasi yang berlaku di tempat kerja aku ni. Kebanyakan pekerja kontraktor aku nampak mereka keluar awal tetapi bukan mahu bergegas ke masjid tetapi berehat-rehat di bawah teduhan pokok,lalu terus tidur? Apa alasan mereka sehingga sewenangnya melalaikan kewajipan solat Jumaat. Aku pernah dengar kebanyakan orang kata ada hadis Nabi S.A.W menyebut bahawa seseorang yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut adalah munafik. Aku memohon keampunan dari Allah S.W.T jika aku salah dalam hal ini. Siapalah aku untuk menghuraikan hal ini.

Apapun, apa yang aku nampak, kebanyakan orang (lelaki sahaja tentunya) menggunakan hadis tersebut untuk 'sengaja' meninggalkan solat Jumaat dengan begitu mudah. Aku yakin ramai yang mempunyai tabiat ini sebenarnya berpunca daripada ikut-ikutan kata orang lain. Seterusnya menular ke semua orang. Tidak mustahil, ikut-ikutan ini dibawa oleh seorang ayah kepada anak lelakinya di dalam sebuah keluarga. Bayangkan betapa parahnya hal ini. Berbalik kepada situasi di hari Jumaat rehat awal dengan alasan untuk solat Jumaat, sangat tidak patut diamalkan. Situasi yang aku perhatikan adalah, keluar awal kemudian dapat makan awal dan rehat awal. Seterusnya, masa rehat menjadi lebih panjang...banyak masa untuk tidur tentunya.Perut sudah kenyang, tidur sekejap apa salahnya kan?..Nanti disambung lagi.

I Survived Another Day-Week

This week .... everything were under control. No problem at all. Just work and work with full of my soul. Til it worth my pay. Thats the correct way. Not the other way.
Alhamdulillah....Allah my Super Listener....MaY Allah always guide me through all my life and everything..InsyaAllah.

I survived another day-week...Why? As usual...we only can plan what we want to do for our work that day. But we never know things unexpectedly come in the way. Like it or not,inevitably, we have to overcome it first before we can achieve what actually we want to. That's why everyday we must be prepare and have strength mentally to face the day we never know ahead.

Saifulislam 'Saya Bukan Bapa Mithali'

Apabila aku menelusuri topik entri Saifulislam ni..terus saja aku membayangkan jika diri aku sendiri, bagaimana? Bagi aku, apa yang disampaikan oleh beliau di dalam topik tersebut menggambarkan situasi tipikal seorang suami dan ayah berdepan dengan karenah anak-anak. Apatah lagi dengan situasi si isteri dan ibu yang sudah sekian lama menanggung susah payah kandungan dan ditambah lagi dengan saat-saat melahirkan. Aku sungguh terharu apabila mengenangkan ibu aku sendiri yang aku panggil 'Mek'. Sembilan orang anak Mek telah dilahirkan ke dunia ini. Dan aku, anak yang ke-7nya ini sentiasa merasakan tidak akan pernah cukup baktiku pada Mek. Pengorbanan Mek selama ini hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Sentiasa, di dalam doa aku,

'Ya Allah Ya Tuhanku, sihat sejahterkanlah kedua ibubapaku, Mek dan Che..berikanlah peluang padaku untuk berbakti pada mereka.berikanlah peluang padaku untuk menjaga mereka dan membantu mereka. Ya Allah bantulah aku.'

Sekali lagi aku bermonolog "Inilah ketentuan Allah pada kami...Allah sedang memberikan kami ujian belum dikurniakan cahaya mata. Hikmahnya agar kami dapat melihat dan bermuhasabah diri, sudahkah bersedia kami dari segi kekuatan iman dan emosi jika dikurniakan anak dengan pelbagai ragam tipikal anak kecil? Bersediakah kami...Mudah-mudahan...

Aku yakin dengan ketentuan Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Pemurah. Doaku semoga Allah mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah yang dapat mendoakan aku dan isteriku kelak. InsyaAllah.

Pengurusan Masa : Konsep & Penghayatan oleh Zaini Ujang

Sedang dalam proses membaca dan menghayati buku tulisan Dato' Dr. Ir Zaini Ujang. Agak menarik penyampaiannya. Tapi biasalah aku ni jenis yang 'lompat-lompat' baca. Terus je ke last page of the book. Sudah terbiasa....

Thursday, May 14, 2009

Ask Baba Ali





Wednesday, May 13, 2009

Salah Aku pada Alam

Bagaimana aku selama ini tidak menyedari atau pun sekadar sengaja tidak ambil peduli, bahawa aku bersalah pada alam. Kenapa hingga saat ini aku mulai menyedari kesalahan aku pada alam. Setiap kali aku di jalanan, idea ini sering datang dan membuatkan aku terfikir; apakah aku seorang pesalah kepada alam?Tidak rasanya.

Biarkan aku perihalkan bagaimana situasi aku sebenarnya sehingga mampu menerbitkan idea 'bersalah pada alam' ini. Selama ini, aku ulangi, dengan sengaja ataupun tidak, aku bersalah pada alam. Bagaimana? Sejak dari zaman persekolahan rendah aku lagi, cikgu yang mengajar aku tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar. Aku diajar bagaimana menjaga kebersihan;bermula di dalam kelas dan juga persekitaran sekolah.

Makin tahun bertambah, aku pun menginjak ke usia remaja, ketika aku di persekolahan menengah rendah, seringkali diberi pesan, pentingnya menjaga alam sekitar. Tidak kira dimana pun. Pernah aku diberikan tugasan menulis artikel pendek berkenaan pencemaran. Ya, ketika itu, aku mungkin boleh mengarang, tetapi sekadar memenuhi kehendak pemarkahan guru aku. Fakta sekadar dari pembacaan dan amat sedikit dari pengamatan mendalam tentang pencemaran. Kenapa? Aku bukan peduli sangat tentang masalah pencemaran ini. Bukan masalah aku pun.Janji dapat markah bagus, cukuplah.

Tetapi, sekarang aku sedar tetapi tidak dapat insaf, kerana tidak dapat tidak, aku bersama-sama melakukan kesalahan pada alam. Bersama-sama kawan sekerja aku, guru-guru aku, pensyarah-pensyarah aku, bahkan tidak salah kalau aku katakan bahawa para pencinta dan aktivis alam seluruh dunia sekalipun tidak terkecuali.Kenapa?Bagaimana?


Setiap saat,jam,hari dan sepanjang masa kita bersalah pada alam. Keluar awal pagi pulang lewat petang. Mungkin, setengahnya bermula diawal pagi atau hujung senja, keluar menuju ke tempat kerja. Aku mungkin bias atau pun pesimis? Terserahlah. Kini bukan zaman berkuda, tapi berkereta motor. Zaman berkuda bekalan makanan kuda atau binatang untuk kenderaan lain; rumput dan lain-lain sangat penting. Zaman kini, zaman bahan api petrol dan diesel. Sudah dapat gambarkan idea aku tadi? Dengan itu, kemajuan teknologi enjin kereta dan motor membawa kepada pembebasan gas-gas karbon dioksida dan karbon monoksida. Tidak usah fikirkan enjin kenderaan jenis apa pun, gas-gas utama yang dikeluarkan pastinya karbon monoksida dan karbon dioksida. Sesetengah kita tahu dan tidak, kedua-dua gas tersebut mampu menjana haba kepada alam.

Tetapi, seperti yang aku katakan tadi, aku dan kita semua, tidak dapat tidak, 'perlu','terpaksa' menggunakan kenderaan bermotor (kereta,motorsikal dan lain-lain) untuk ke mana-mana. Apa, tiada alternatifkah? Sudah tentunya ada bahan api alternatif. Contohnya penggunaan gas hidrogen. Tetapi, mampukan kita? Alternatif lainnya lagi apa ya? Sudah tentu kita tidak sanggup mengayuh basikal atau berjalan kaki ke tempat kerja kita, bukan? Jadi, pilihan utama yang ada hanyalah berkenderaan motor. Lalu, bersama-samalah kita mencemarkan alam sekitar. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi itulah realitinya kini, saat ini. Maka tidak perlulah kita berbangga sangat dengan apa yang kita ada. Kita cuma dapat sedarkan diri dengan hakikat kesalahan kita setiap hari. Adakah kita perlu tinggalkan kenderaan kita? Tidak perlu, hanya teruskan kehidupan kita seperti biasa, tetapi sedarlah, dan syukurilah sementara ada waktu, terhadap segala nikmat alam yang Allah kurniakan dan sempat kita kecapi sekarang.