? ??????????????March of The Dandelions? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (5 Ratings)??11 Grabs Today. 1729 Tot
al Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????When I Fall Again? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 819 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Green Spring? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, July 4, 2009

Setahun Sudah...

Lama juga aku tidak menulis di sini. Dan, kini genap setahun sudah aku sebagai pekerja GE. Aku sendiri tidak tahu apa yang patut aku rasa...Mungkin aku bangga kerana berjaya mengharungi dunia dan budaya kerja GE....ataupun mungkin juga aku rasa begitu bersyukur kepada Allah dengan segala apa yang aku perolehi kini.

Begitulah mungkin yang dapat aku katakan. Dari awal bulan pertama, penyertaan aku ke dunia GE, begitu asing dan terasa amat sukar untuk aku terima kejutan budaya kerja baru aku itu. Hari demi hari hingga bulan ke bulan...kesilapan demi kesilapan banyak memberi dan mengajar aku erti kesabaran dan juga mengajar aku erti kehidupan. Sepanjang kelangsungan aku menempuh semua itu, Allah sentiasa membantu aku dalam segenap perkara. Apa-apa dan sesiapa yang terlibat hanyalah asbab pertolonganNya kepada aku. Apa yang penting adalah Allah sentiasa mendengar doa hambaNya.Pasti.

Begitulah, dengan dunia pekerjaan aku. Sekarang apa pula yang terjadi dengan aku sendiri? Apa ya? Hmmmm.....sebenarnya aku dan isteri tersayang begitu seronok dengan buku-buku. Seronok sebenarnya membaca. Membaca mampu membuatkan minda kita sentiasa aktif. Betul. Sekarang sudah ada beberapa buku terbaru yang baru kami dapatkan di Badan Cemerlang Sdn Bhd, Plaza Angsana, JB. Memang cemerlanglah kedai buku yang aku nyatakan ini. Hampir setiap bulan, kami akan berkunjung ke sana semata-mata untuk meninjau buku-buku dan majalah kegemaran terbaru. Selalunya majalah Solusi.

Bercerita tentang majalah Solusi, sejak keluaran sulung lagi kami merasakan isi kandungan majalah ini sangat berbeza berbanding majalah ilmiah lain. Dari kulit ke kulit, penuh dengan pengisian yang bermakna. Setiap ruangan diisikan dengan topik yang berguna. Kami merasakan majalah ini memang sangat sesuai untuk dibaca dan digunakan sebagai solusi permasalahan hidup harian. InsyaAllah, segala kemusykilan bakal kita temukan di dalam majalah Solusi ini. Kini, kami tertunggu-tunggu keluaran terbarunya. Tidak sabar pula rasanya. Apakan daya kami, dek kerana majalah Solusi mungkin belum lagi dikeluarkan, maka jawabnya kami meninjau pula kepada buku-buku yang lain. Eh-eh...tersangkut pula pada topik yang 'catchy' ini: Kopi O Kurang Gula-Abdul Jalil Ali. Buku ketiga beliau selepas Asam Garam Gula Kopi dan Teh Tarik Kurang Manis. Topik-topik yang digunakan sebenarnya berkait rapat dengan masalah kesihatan yang dihidapi beliau. Ingin tahu dengan lebih lanjut, dapatkanlah buku-buku yang menarik ini di gedung-gedung buku berhampiran. Membaca itu bagus untuk otak. Selamat membaca!

2 comments:

othman ahmad78 said...

Tertarik dengan kata-kata akhir'membaca bagus untuk otak/minda'..nak tambah sikit,kalau membaca buku terutamanya yang berkaitan tips penyelesaian masalah diri,kewangan dan sebagainya...lebih berkesan jika kita praktik apa yang dikongsi oleh penulis buku tersebut(diceduk dari kata-kata penulis buku Lahirnya Seorang Jutawan dan Jutawan dari Planet Jupiter-Azizi Ali)

Laire@Jani said...

Betul betul betul!! Yang penting biar cakap seperti bikin...Eh? betul ke? Apa2lah. Maksud aku, lebih suka cakap apa yang sememangnya kita buat, xberani cakap apa yang kita xbuat. Tak tahu mengaku shj tidak tahu.Tak rugi apa pun.Kan?