? ??????????????March of The Dandelions? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (5 Ratings)??11 Grabs Today. 1729 Tot
al Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????When I Fall Again? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 819 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Green Spring? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, June 26, 2008

Belajar tak berhenti...

27 Jun dah hari ini...Namun kerja perlu diteruskan seperti biasa. Dan hari ini aku dapat belajar lagi perkara baru. Kalau kita tidak arif tentang sesuatu perkara..iya bertanyalah. Lebih-lebih lagi itu memang menjadi tugas kita. Kejap ya...tadi aku diperlukan untuk melihat bacaan bagi absorbance untuk air sisa sintetik tekstil di awalnya iaitu selepas pewarna tekstilnya ditambahkan. Iya...memang aku pernah melihat bagaimana Shimadzu Spectrophotometer itu dioperasikan untuk melaksanakan kerja itu. Ketika itu aku hanya sebagai pemerhati sahaja. Kurang peduli sangat masa itu sebab tiada keperluan. Tup-tup...hari ini aku perlu melakukannya sendiri. Hmmm....percubaan aku untuk melakukannya sendiri tidak berjaya rupanya. Aku perlukan 'guru'. Siapa ya yang boleh menjadi penunjuk aku kali ini? Memang perlu sangat.'Merantau'lah aku ke lubuk 'MP2'....ramai anak-anak Bio di sana yang boleh aku rujuk. Aku pilih Faiz...dia kurang pasti lalu aku 'dipasskan' kepada Shelina a.k.a Shena.

Dari mula sampailah aku betul-betul faham dan boleh melakukan sendiri operasi spektrum tu aku ditunjukajar oleh Shena. Alhamdulillah...aku tidak 'tersesat' kali ni. Selebihnya pandai-pandailah aku 'belek-belek' sendiri. Yang paling penting pembuka jalannya aku perlu tahu. Thanks to Shena.. Semoga Allah menambahkan ilmu padanya.Jasamu dikenang.

Itulah seperti topik aku kali ni...sebenarnya dalam hidup kita ini...pembelajaran itu tidak pernah berhenti...bila-bila sahaja kita pasti akan menemukan dengan sesuatu yang baru. Walaupun ia mugkin enteng di mata orang lain tapi tidak dimata kita yang memerlukan pengertian samada melalui penerokaan sendiri atau pun dengan bertanya dan belajar daripada orang lain...Mungkin kita sendiri pun kadang-kadang akan dijadikan rujukan untuk bertanya.Tugas kita hanya berikan tunjuk panduan dan selebihnya terserahlah pada empunya diri. Bagi aku sendiri adalah menjadi suatu kelegaan jika dapat menolong mereka menghuraikan kebuntuan dan ketidakjelasan mereka dalam perkara-perkara yang aku tahu tapi mereka tidak tahu. Terus terang aku katakan, jika aku sendiri tidak tahu aku tidak akan berani memandai-mandai menunjukajar orang lain. Itu jahat dan bodoh namanya.

Wednesday, June 25, 2008

Holiday Agong Mei 2008



Sempena cuti umum Keputeraan Agong 7 Mei 2008 lepas..kakakku bertandang ke rumah sewa kami di Johor Bharu. Bertemankan Arif dan Ika (anak-anak buah), Dik Na serta kawan baik aku MeeG selaku 'pemandu pelancong' bertolak dari Shah Alam jam 10 malam 6 Mei 2008. Makluman kedatangan mereka sebenarnya sejak awal April lagi. Hasrat mereka berkunjung ke rumah sewa baru kami akhirnya tercapai di samping menghabiskan hujung minggu sesi cuti sekolah. Lebih kurang jam 12 malam mereka tiba di rumah kami..

Aku dan isteri sudah berkira-kira untuk membawa mereka ke tempat-tempat menarik di Johor. Yang terlintas di kepala adalah Kota Tinggi dan Danga Bay. Di pagi 7 Mei 2008 hujan turun agak lebat. Kami yang sudah bersiap untuk keluar terpaksa menangguhkan sekejap sementara hujan reda. Anak-anak buahku tidak sabar untuk berjalan terus 'berkelah' di rumah. Pak sedara dia pun ikut samalah. He he he....Nak keluar atau tak nak keluar...?"Kat sini jer kot hujan lebat...kat Kota Tinggi tak hujan pun..." MeeG menyedapkan hati kami. Kita hanyalah merancang...tidak tahu apa keputusanNya.

Jadi, kami terus bertolak dari Taman Teratai menuju ke destinasi...sepanjang perjalanan hujan saja. Sekitar tengahari kira-kira jam 1...kami sudah berada di Felda Air Tawar (yang ke berapa entah aku lupa, Air Tawar 3 ke 4 atau 5). Perancangannya kami mahu tuang minyak di Petronas di simpang menuju ke Desaru tu tapi minyak kat stesyen tu habis pulak..Takpe kami teruskan jugak....Sampai jer di tepi laut Tanjung Balau tu...suasana cerah dan bercahaya matahari. Tidak seperti yang kami sangkakan.

Thursday, June 5, 2008

Harga Petrol Naik Lagi...

Pagi ni dengan kejutan baru ...harga minyak petrol dan diesel naik lagi. Apa sudah jadi sekarang. Sebenarnya berita kenaikan ini sudah pun diumumkan semalam oleh PM, cuma pagi ini aku cuba mencari berita di internet untuk mengetahui perkembangan terbaru. Dengan kata kunci 'Harga Petrol naik 78 sen' aku terus dibawa ke laman malaysiakini. Kata kunci yang aku gunakan memang menepati topik utama berita di laman tersebut. Ahh....apa sudah jadi? Harga naik mencanak-canak sejak 2004. Kenaikan sebanyak 40.6% ini begitu drastik. Memang drastik. Perasaan aku? Aku cuma terfikir atau teringatkan perancangan Kak Wani untuk bercuti di JB. Hmmmm....nampaknya mereka perlu membuat perkiraan semula kos perjalanan Shah Alam-JB, JB-Shah Alam. Dan aku pula berkira-kira dengan isteriku tentang jurang perbezaan harga lama dan harga baru petrol. Kalau tempohari kereta kancil aku JES6230 itu mempunyai tangki untuk lebih kurang 25L petrol dengan harga RM46(RM1.92/L) kini aku terpaksa berat hati untuk mengisi penuh dengan harga RM64.70. WoooW...wow..wow!!! Trademark Celcom....Woooooooooooo!!!!!

Terus aku terkira dengan perjalanan/perbelanjaan ulang alik aku ke tempat kerja baru di Pasir Gudang.Lebih baik pindah kata aku kepada isteri.....Kalau satu minggu RM64.70 sebulan sudah mencecah lebih RM258.75. Apa daya aku untuk melarang kenaikan menggila ini. Aku pasti perkara ini sedang menjadi topik perbualan pakcik-pakcik, makcik-makcik, encik-encik, pegawai-pegawai di mana-mana. Semestinya. Sebanyak mana pun bercakap...harga sudah dinaikkan. Hidup perlu diteruskan. Impak kenaikan harga petrol ini sudah tentu memberikan kenaikan susulan harga komoditi lain. Kita tunggu dan lihat sahajalah. Wah....aku di mana? Mahu lari ke mana? Minyak petrol kereta aku itu perlu diisikan jua.....Harga barang naik pun apa kuasa aku untuk mengelaknya, Hdup kena diteruskan. Kerja harus dijalankan. Sampai bilakah harga minyak ini akan terus begitu hingga diturunkan semula?Mungkinkah akan diturunkan semula?Wallahualam...

Tuesday, June 3, 2008

Menghitung Hari...

Aku terus tertunggu-tunggu sebarang panggilan atau sebarang surat berkaitan jawatan baru itu. Tapi nampaknya hampa. Sememangnya tidak dapat aku membohongi diri aku bahawa aku memang teruja untuk bekerja di sana. Bukan bermakna aku tidak suka bekerja dengan Kak Ida. Aku memang senang bekerja dengan Kak Ida. Tapi sampai bila aku boleh bertahan di sini...? Aku perlu membuat suatu langkah agar aku dapat menghirup suasana baru yang lebih terjamin. Ya semua orang perlukan sesuatu yang terjamin. Jika aku terus 'berkontrak' di sini..suatu hari akan berakhir juga tempohnya. Sekejapan masa saja tempoh kontrak yang dilalui berlalu dengan begitu pantas...yang penting pengalaman kerja yang dicedok sepanjang tempoh itu jangan sekali dipandang remeh. Terdapat signifikansinya setiap kerja yang dilakukan.

Hari ini tidak banyak kerja yang perlu aku lakukan. Sekadar memantau perjalanan penetap masa di reaktor utama dan menyediakan bekalan air sisa tekstil sintetik seperti biasa. Selebihnya aku menyelak blog Prof. Muhd Kamil. Seronok aku membaca dan coretan beliau. Setakat yang aku baca hingga sekarang, catatannya lebih kepada usaha beliau melancarkan buku Travelog Haji:Merentas Sempadan Iman nya. Begitu sekali rupanya kesungguhan beliau. Alhamdulillah aku berjaya memilikinya dan aku sudah pun membacanya. Untuk pertama kali aku membacanya, pandangan pertama aku terhadap tulisan beliau adalah 'Eh..dia ni...menunjuk-nunjuknya....dah pergi haji tu sudahlah....'. Itu adalah impresi pertama aku. Tapi selepas beberapa ketika, bacaan aku pun beranjak dari bab ke bab yang seterusnya, betapa, barulah aku sedar tujuan utamanya beliau menulis pengalaman beliau di dalam buku tersebut. Aku memohon ampun dariNya. Semoga catatan pengalaman beliau itu terus berguna untuk semua yang membacanya.

Sunday, June 1, 2008

Tamat Kontrak?

Hmmm....Sepatutnya tamatla sudah kontrak aku dengan Kak Ida 31 Mei 2008 (Sabtu) semalam. Tetapi memandangkan aku masih belum menerima Surat Tawaran Jawatan kerja yang ditunggu-tunggu, nampaknya aku perlu (diperlukan) terus berada di bawah kontrak vot 79137 sehinggalah aku menerima surat tersebut dengan rasminya.....Dan semalam...seperti yang telah aku rancangkan, aku datang untuk 'melunaskan' kerja-kerja terakhir aku. Tapi nampaknya tidak begitu. 1 Jun 2008..aku datang meninjau makmal seperti biasa dan aduhai....memang aku diperlukan. Bekalan air sisa pewarna sintetik sudah habis..dan aku perlu menambahkan dan memastikan cukup sampai esok hari. Wah...ini boleh di'claim' ni.... Tak kisah la sebab aku belum lagi menyerahkan surat penamatan kontrak aku kepada ketua projek....Lagi pula Kak Ida sudah aku maklumkan situasi yang aku hadapi sekarang dan dia pun memahami. Terima kasih Kak Ida...

Dan semalam juga aku ke Giant membeli-belah bersama Linda isteriku. Sebenarnya tujuan utama aku untuk 'survey' harga kasut keselamatan. Pertama sekali kami ke Jusco Tebrau....Jumpa la satu kasut Camel dengan harga RM139...Wow! agak murah dan memang dalam bajet aku....Tapi aku mengambil keputusan untuk tidak membelinya dahulu sehinggalah aku betul-betul menerima surat tawaran tu nanti. Lagipun harga tu akan kekal begitu hingga 16 Jun nanti...Harap aku masih ada peluang. Bukan apa...aku bimbang juga....takut dah terbeli kasut tu nanti, surat tu pulak tidak aku terima gara-gara masalah 'background checking' yang sedang dilakukan oleh pihak industri. Aku ingatkan perkara tu kecil saja...tapi memang serius nampaknya. Hinggakan Dr. Zaharah pun perlu merujuk aku sendiri untuk membuat pengesahan bahawa aku pernah bekerja dengan dia. Tapi insyaAllah tidak ada masalah....En Aklam sendiri pun sudah memaklumkan aku yang memang aku sudah diterima. En. Aklam memang akan jadi ketua utama aku. Segala laporan perlu melaluinya. Itu yang aku dapat tahu serba sedikit tentang dia. Ketua kedua aku Mr. Sara....Aku harap aku dapat bekerja dengan baik untuk kedua-dua orang tersebut.

Dan semalam juga selesai dan selamat sudah majlis pertunangan abang aku Lan dengan Kak Zai di Lumut Perak. Keputusannya pada 15 Ogos 2008 insyaAllah akad nikad akan diadakan dan majlis persandingan esoknya 16 Ogos 2008....Hmmmm....Majlis kenduri sebelah Kelantan belum ditetapkan tarikhnya tapi menurut Lan minggu kedua cuti sekolah bulan 11 2008....InsyaAllah aku akan cuba mana yang boleh...Kita merancang Allah sahaja yang menentukan.