? ??????????????March of The Dandelions? ????? ?????? ???Rating: 4.8 (5 Ratings)??11 Grabs Today. 1729 Tot
al Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????When I Fall Again? ????? ?????? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 819 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Green Spring? ????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, May 13, 2009

Salah Aku pada Alam

Bagaimana aku selama ini tidak menyedari atau pun sekadar sengaja tidak ambil peduli, bahawa aku bersalah pada alam. Kenapa hingga saat ini aku mulai menyedari kesalahan aku pada alam. Setiap kali aku di jalanan, idea ini sering datang dan membuatkan aku terfikir; apakah aku seorang pesalah kepada alam?Tidak rasanya.

Biarkan aku perihalkan bagaimana situasi aku sebenarnya sehingga mampu menerbitkan idea 'bersalah pada alam' ini. Selama ini, aku ulangi, dengan sengaja ataupun tidak, aku bersalah pada alam. Bagaimana? Sejak dari zaman persekolahan rendah aku lagi, cikgu yang mengajar aku tentang peri pentingnya menjaga alam sekitar. Aku diajar bagaimana menjaga kebersihan;bermula di dalam kelas dan juga persekitaran sekolah.

Makin tahun bertambah, aku pun menginjak ke usia remaja, ketika aku di persekolahan menengah rendah, seringkali diberi pesan, pentingnya menjaga alam sekitar. Tidak kira dimana pun. Pernah aku diberikan tugasan menulis artikel pendek berkenaan pencemaran. Ya, ketika itu, aku mungkin boleh mengarang, tetapi sekadar memenuhi kehendak pemarkahan guru aku. Fakta sekadar dari pembacaan dan amat sedikit dari pengamatan mendalam tentang pencemaran. Kenapa? Aku bukan peduli sangat tentang masalah pencemaran ini. Bukan masalah aku pun.Janji dapat markah bagus, cukuplah.

Tetapi, sekarang aku sedar tetapi tidak dapat insaf, kerana tidak dapat tidak, aku bersama-sama melakukan kesalahan pada alam. Bersama-sama kawan sekerja aku, guru-guru aku, pensyarah-pensyarah aku, bahkan tidak salah kalau aku katakan bahawa para pencinta dan aktivis alam seluruh dunia sekalipun tidak terkecuali.Kenapa?Bagaimana?


Setiap saat,jam,hari dan sepanjang masa kita bersalah pada alam. Keluar awal pagi pulang lewat petang. Mungkin, setengahnya bermula diawal pagi atau hujung senja, keluar menuju ke tempat kerja. Aku mungkin bias atau pun pesimis? Terserahlah. Kini bukan zaman berkuda, tapi berkereta motor. Zaman berkuda bekalan makanan kuda atau binatang untuk kenderaan lain; rumput dan lain-lain sangat penting. Zaman kini, zaman bahan api petrol dan diesel. Sudah dapat gambarkan idea aku tadi? Dengan itu, kemajuan teknologi enjin kereta dan motor membawa kepada pembebasan gas-gas karbon dioksida dan karbon monoksida. Tidak usah fikirkan enjin kenderaan jenis apa pun, gas-gas utama yang dikeluarkan pastinya karbon monoksida dan karbon dioksida. Sesetengah kita tahu dan tidak, kedua-dua gas tersebut mampu menjana haba kepada alam.

Tetapi, seperti yang aku katakan tadi, aku dan kita semua, tidak dapat tidak, 'perlu','terpaksa' menggunakan kenderaan bermotor (kereta,motorsikal dan lain-lain) untuk ke mana-mana. Apa, tiada alternatifkah? Sudah tentunya ada bahan api alternatif. Contohnya penggunaan gas hidrogen. Tetapi, mampukan kita? Alternatif lainnya lagi apa ya? Sudah tentu kita tidak sanggup mengayuh basikal atau berjalan kaki ke tempat kerja kita, bukan? Jadi, pilihan utama yang ada hanyalah berkenderaan motor. Lalu, bersama-samalah kita mencemarkan alam sekitar. Mungkin ramai yang tidak bersetuju tetapi itulah realitinya kini, saat ini. Maka tidak perlulah kita berbangga sangat dengan apa yang kita ada. Kita cuma dapat sedarkan diri dengan hakikat kesalahan kita setiap hari. Adakah kita perlu tinggalkan kenderaan kita? Tidak perlu, hanya teruskan kehidupan kita seperti biasa, tetapi sedarlah, dan syukurilah sementara ada waktu, terhadap segala nikmat alam yang Allah kurniakan dan sempat kita kecapi sekarang.

0 comments: